PENGENALAN

YAYASAN ANGKASA PENDIDIKAN

Yayasan ANGKASA telah berkolaborasi dengan beberapa Institut Pengajian Tinggi bagi membantu anggota koperasi dan anak-anak anggota koperasi bagi menyambung pengajian ke Asasi, Diploma, Diploma TVET, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah bagi memartabatkan pendidikan.

MISI DAN VISI

Pendidikan Berkualiti untuk Semua

Yayasan ANGKASA Pendidikan ialah peneraju dalam pendidikan yang menyediakan pengalaman pengajaran dan pembelajaran berkualiti tinggi untuk pelajar dalam negara. Misi teras kami adalah untuk membolehkan pelajar membuka potensi mereka, menjadi warga koperasi yang berjaya, dan mencipta masa depan yang lebih cerah.

OBJEKTIF


MEMASTIKAN KUALITI DAN AKREDITASI


Menyediakan program yang diiktiraf dan diakreditasi oleh badan-badan yang berkenaan.

Menyokong Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET)

Menyediakan program TVET yang berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam industri.

Meningkatkan Kualiti Pendidikan dan Latihan

Menyediakan program pendidikan dan latihan yang berkualiti tinggi bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta dalam pelbagai bidang.

Menggalakkan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Menawarkan program yang boleh diakses oleh masyarakat umum tanpa mengira umur untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang.

Menyediakan Peluang Pekerjaan

Meningkatkan peluang pekerjaan dengan menyediakan latihan yang sesuai dengan keperluan industri.


MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.